MAKLUMAN AWAM

29 April 2014, Jabatan Pengangkutan Jalan, Putrajaya
PELEKAT KENDERAAN ATAU STICKER ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Dimaklumkan bahawa Mensyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya telah memutuskan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku Jawatankuasa Pengangkutan untuk Mesyuarat berkenaan telah diberikan tanggung jawab untuk mengedarkan pelekat kenderaan OKU.

Sehubungan dengan itu, JPJ Negeri yang terlibat hendaklah mengedarkan pelekat kenderaan kepada OKU fizikal yang berkerusi roda, memandu dan memiliki kenderaan yang dimodifikasi sahaja.

Dengan ini dimaklumkan jua bahawa kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau waris sebagai pengesahan kepada permohonan berkenaan.

Nota: Gambar 1(Borang Permohonan dan 2(Carta Alir)


                                               1                                                                2


No comments:

Post a Comment