Posts

Showing posts with the label KL Braille

Tragedi LRT - Hak OKU Tercabar

Image
Tuan/Puan yang dihormati,  Minggu lepas, Sabtu 22/02/2025, komuniti OKU tersentak dengan berita kematian seorang cacat penglihatan akibat digilis train LRT di hentian Titiwangsa Kuala Lumpur. Saya selaku Pengerusi Kluster OKU MAKPEM bersama lain-lain pertubuhan OKU dan persatuan-persatuan membela kepentingan OKU, semua merasa kesal atas kemalangan tersebut. Komuniti OKU penglihatan menanggung dendam perasaan yang berbaur: sedih atas kehilangan rakan dan kawan lama, kecewa dengan sistem keselamatan dan kemudahan infrastruktur penyedia perkhidmatan pengangkutan awam negara kita, terkilan dengan kadar tanggungjawab petugas-petugas di stesen tersebut, resah dengan sikap kurang prihatin pengguna lain di situ terhadap pengguna buta yang bergerak sendirian dan juga, khuatir dengan keselamatan kami OKU yang mengguna kemudahan pengangkutan awam setiap hari untuk ke tempat kerja atau urusan-urusan lain.  Saya difahamkan mendiang Wong, lelaki buta 71 tahun, bergerak sendirian menggunakan...

Info oku

Info 1. Jabatan tenaga kerja kementerian sumber manusia Malaysia menawarkan geran percuma sehingga RM100,000 bagi membantu orang kurang upaya menjayakan usaha perniagaan mereka. Pemberian ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah suatu skim khas yang dinamakan skim bantuan geran perniagaan orang kurang upaya atau ringkasnya sbgpoku. Yang berminat untuk memohon, bolehlah hubungi pejabat tenaga kerja yang berhampiran. Info 2. Tercatit dalam sejarah Malaysia pada 8 Julai 2008 telah diwartakan suatu undang-undang Negara yang memperuntukkan secara eksklusif hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang tersebut dinamakan akta orang kurang upaya 2008 atau akta 685. Orang-orang kurang upaya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam urusan penyediaan perkhidmatan kepada golongan ini adalah disarankanmemiliki satu naskhah akta tersebut. Info 3. Bagi maksud pendaftaran dengan jabatan kebajikan masyarakat Malaysia, golongan kurang upaya kini dibahagikan kepada enam kategori seperti berikut: K...