MENGENAI KAMI

Pengenalan


KL Braille Resources telah ditubuhkan pada 15 Julai 2004 dan merupakan pusat sumber bagi meningkatkan kadar literasi dan ruang ilmu kepada masyarakat kurang upaya-cacat penglihatan dan mereka yang berminat untuk menambah pengetahuan dalam bidang pendidikan khas-cacat penglihatan. 


Objektif


Untuk mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat kurang upaya penglihatan melalui penerapan secara menyeluruh sistem tulisan Braille yang berperanan mendorong peluang yang saksama dan penyertaan penuh mereka dalam aspek-aspek sosial, ekonomi, pendidikan, pekerjaan, komunikasi, kesihatan, keagamaan, kebudayaan, sukan dan rekreasi, dan menjayakan usaha mempertingkatkan literasi dan peluang mengakses maklumat melalui program yang berkesan dalam penyediaaan bahan-bahan bacaan Braille serta teknologi yang berkaitan agar orang kurang upaya penglihatan dapat menjalani hidup berdikari, menjadi warganegara yang produktif, memberi sumbangan dan sama-sama berpeluang menikmati kemakmuran negara Malaysia yang maju dan merdeka.


Pekhidmatan

  • Menterjemah buku/dokumen daripada tulisan cetak ke tulisan Braille dan dari Braille ke tulisan cetak. 
  • Menganjurkan kelas kemahiran Braille. 
  • Pengedar bagi peralatan keperluan khas bagi individu cacat penglihatan, alat tulis Braille dan mesin pencetak Braille iaitu 'thermoform' dan 'embosser'. 
  • Perkhidmatan kaunseling untuk individu - individu yang mempunyai ahli keluarga cacat penglihatan. 
  • Menganjurkan Pertandingan Catur Braille. 

Pengalaman Penerbitan Braille
  • 2006 sehingga kini - Mencetak Al - Quran Braille tajaan institusi dan individu-individu.
  • 2007 - Mencetak 1000 naskhah buku bertajuk 'Islam Hadhari - Suatu Penjelasan' untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • 2010 - Mencetak 600 naskhah buku rujukan sekolah tajaan Yayasan Sime Darby Malaysia.
  • Mencetak pelbagai bentuk dokumen untuk tempahan individu cacat penglihatan.
  • Mencetak buku permainan catur Braille.



1 comment: