Posts

TERKINI : PENYERTAAN TELAH DITUTUP - SEMINAR PAMERAN & LITERASI BRAILLE NUSANTARA 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan program Seminar & Pameran Literasi Braille Nusantara 2016 pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 – 8 Mac 2016 (Isnin & Selasa) Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(IDB), No. 19, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur. KATEGORI PESERTA-PESERTA YANG DIALU-ALUKAN:- Pegawai Perpustakaan Negara / Perpustakaan Negeri / Perpustakaan Awam / Pepustakaan Komuniti / Pepustakaan Institut Pendidikan Tinggi dan Pepustakaan Sekolah. Pegawai pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Guru Pendidikan Khas. Dewan Bahasa dan Pustaka, agensi penterjemahan dan syarikat-syarikat penerbitan / percetakan buku. Pengeluar / pe...
Image
Sukacita dimaklumkan KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya​ akan menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Sumber Braille pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 November 2015, Sabtu Masa:  1.Majlis Perasmian - 10.00 - 11.00 pagi 2. Pameran dan Aktiviti - 9.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat: Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 9, Kompleks Kejiranan Presint 9, Jalan P9C, Putrajaya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan seperti berikut: 1. Pameran dan gerai : Literasi Braille & Al Quran Braille, Barangan Keperluan Khas OKU Penglihatan dan jualan amal MF Chocolate. 2. Pertandingan:  i-Pertandingan Bercerita Untuk Kanak-kanak OKU Penglihatan ii-Pertandingan Membaca Braille Terbuka iii-Pertandingan Menulis dengan Brailet iv-Pertandingan Dominos v-Pertandingan Catur OKU Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. Bagi pendaftaran penyertaan untuk aktiviti pertandingan di atas, sila pm fb kami nama, no. telefon dan pertandingan yang ingin d...

Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Braille Sedunia

Dihebahkan bahawa KL Braille Resources akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Hari Braille Sedunia 2016. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua iaitu tidak dihadkan kepada OKU penglihatan sahaja. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori terbuka. Semua orang adalah dijemput berkarya atas salah satu tajuk yang disenaraikan dan mengemukakannya kepada urusetia penganjur menurut syarat yang ditetapkan. Tajuk esei bagi kategori bawah 15 tahun: 1. Mesin Braille Kesayanganku. 2. Pengalaman Saya Mempelajari Tulisan Braille. 3. Pentingnya Tulisan Braille Dalam Kehidupan Seharian Saya. Panjang esei untuk kategori bawah 15 tahun hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Tajuk esei bagi kategori terbuka: 1. Literasi Braille Membantu OKU Penglihatan Mengakses Ilmu Dan Maklumat. 2. Kemajuan Teknologi Braille Menjanjikan Masa Hadapan OKU Penglihatan Yang Lebih Baik. 3. Cabaran Dalam Usa...

PENGUMUMAN - SAMBUTAN HARI BRAILLE SEDUNIA

PENGUMUMAN - SAMBUTAN HARI BRAILLE SEDUNIA Sempena sambutan Hari Braille Sedunia,  KL BRAILLE RESOURCES  akan menganjurkan suatu seminar khas berkaitan pembangunan literasi braille di Nusantara. Pengumuman rasmi akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Beberapa projek iringan yang membantu kepada seminar tersebut termasuklah Pertandingan Menulis Esei untuk penyertaan murid-murid sekolah dan terbuka kepada orang awam atas tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Sila tunggu pengumuman seterusnya di FB KL Braille.