Friday, February 12, 2010

Info oku

Info 1.
Jabatan tenaga kerja kementerian sumber manusia Malaysia menawarkan geran percuma sehingga RM100,000 bagi membantu orang kurang upaya menjayakan usaha perniagaan mereka. Pemberian ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah suatu skim khas yang dinamakan skim bantuan geran perniagaan orang kurang upaya atau ringkasnya sbgpoku. Yang berminat untuk memohon, bolehlah hubungi pejabat tenaga kerja yang berhampiran.

Info 2.
Tercatit dalam sejarah Malaysia pada 8 Julai 2008 telah diwartakan suatu undang-undang Negara yang memperuntukkan secara eksklusif hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang tersebut dinamakan akta orang kurang upaya 2008 atau akta 685. Orang-orang kurang upaya dan mana-mana pihak yang terlibat dalam urusan penyediaan perkhidmatan kepada golongan ini adalah disarankanmemiliki satu naskhah akta tersebut.

Info 3.
Bagi maksud pendaftaran dengan jabatan kebajikan masyarakat Malaysia, golongan kurang upaya kini dibahagikan kepada enam kategori seperti berikut:
Kurang upaya penglihatan;
Kurang upaya pendengaran;
Kurang upaya anggota;
Kurang upaya intelektual;
Pesakit mental;
Kurang upaya pertuturan;
Kurang upaya pelbagai

No comments:

Post a Comment