Wednesday, November 19, 2014

                                        
KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan menganjurkan EXPO BRAILLE seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2014, Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Ruang legar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Koordinat: 4°35'31.9"N,101°05'36.5"E

Pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak. 

Selain daripada itu, terdapat juga
- Aktiviti-aktiviti: Kenali dan belajar tulisan Braille

Semua warga Perak dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini. Jumpa anda di sana.

Jadual acara:
8.30 pagi: Pendaftaran Penyertaan
9.00 pagi - 4.30 petang: Pameran/Demo Bacaan Al-Quran Braille
9.00 pagi - 4.30 petang: Jualan Cenderahati/Kraftangan dan lain-lain
9.00 pagi - 10.00 pagi: Pertandingan Mewarna (50 peserta berumur 10-12 tahun)
10.00 pagi: Pertandingan Catur Terbuka
11.00 pagi: Pertandingan Dominos Braille Terbuka
1.00 petang: Penyampaian Hadiah

Friday, October 31, 2014

KURSUS LATIHAN BRAILLE BOX

 BrailleBox merupakan pencetak khas berkelajuan tinggi untuk percetakan berkuantiti besar dan rekabentuk strukturnya mempunyai sistem penyerapan bunyi. Braille Box memberikan pengeluaran percetakan yang berkualiti tinggi untuk jangka masa yang panjang. (Gambar Braille Box V4 dari Index Braille)

KLBR dengan kerjasama Index Braille Sweden akan mengadakan Kursus Latihan Braille Box. Kursus ini terbuka kepada mereka yang terlibat atau berminat dengan percetakan Braille berteknologi tinggi. Kursus ini akan dikendalikan sendiri oleh Mr Bjorn Lofstedt dan Ms Anna Lau dari Index Braille secara teori dan praktikal.


Tarikh: 17 November 2014
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik latihan, KL Braille Resources.

Yuran penyertaan adalah RM200 seorang. (Kos ini adalah termasuk makan minum sepanjang masa kursus, kemudahan-kemudahan kursus yang lain dan sijil penyertaan)­­

Sila hubungi pihak kami untuk penyertaan atau mendapatkan surat jemputan bagi syarikat-syarikat & agensi kerajaan.

Video Braille Box V4
Pautan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille
Pautan Kursus Intensif Embosser Braille

Wednesday, October 15, 2014

KURSUS KEMAHIRAN BRAILLE

  • Matlamat:  Untuk melahirkan peserta yang mahir menulis dan membaca melalui kaedah tulisan Braille.
  • Faedah-faedah Kursus:                                                                                                                                                                                                                                                                         Peluang untuk meningkatkan kadar literasi dan peluang mengakses ilmu bagi masyarakat kurang upaya penglihatan.                                                                                                                                                                                                                                                                       Peluang untuk menambah pengetahuan dan mendapat pengalaman dalam bidang pendidikan khas Orang Kurang Upaya penglihatan boleh mendapatkan banyak manfaat daripada aktivit-aktiviti di KL Braille Resources.


MENGENAI KURSUS
  • Kursus Kemahiran Braille merupakan produk komersial daripada syarikat KL Braille Resources. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu 1) Peringkat asas dan 2) Peringkat tinggi                                                                                                                                                                                 

MODUL YANG DITAWARKAN
  • Tahap Asas: Tempoh Pengajian 33 JAM / Yuran RM900
  • Tahap Tinggi: Tempoh Pengajian 66 JAM / Yuran RM1,600
  • Setiap peserta WAJIB lulus ujian kelayakan bagi dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN BRAILLE.
  • Untuk LAYAK menduduki peperiksaan, peserta hendaklah mencapai 75% waktu kehadiran kelas.

JADUAL KURSUS
a) EKPRES
-TEMPOH: 4 JAM SEHARI (2 JAM PAGI & 2 JAM PETANG)
-TAHAP ASAS: 9 HARI
-TAHAP TINGGI: 17 HARI

b) FLEKSIBEL HARIAN
- TEMPOH: 3 JAM SEHARI (SEBELAH PAGI/SEBELAH PETANG)
- TAHAP ASAS: 11 HARI
- TAHAP TINGGI: 22 HARI

c) FLEKSIBEL MINGGUAN
- 3 JAM SEHARI (SETIAP HARI SABTU)
- TAHAP ASAS: 11 MINGGU
- TAHAP TINGGI: 22 MINGGU

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RINGKASAN MODUL
-Mempelajari sejarah Braille.
-Mempelajari peralatan asas Braille dan alatan gambar rajah tactile.
-Mempelajari abjad-abjad Braille, tanda angka serta lain-lain tanda bacaan.
-Mendalami fungsi jabatan, institusi dan lain-lain agensi berkaitan perkhidmatan terhadap orang kurang upaya penglihatan.
-Latihan secara praktikal.
-Pendedahan dengan tugasan luar.
-Mempelajari kaedah singkatan Braille.

KEMUDAHAN LATIHAN
-Dianugerahkan sijil pentauliahan kemahiran untuk setiap tahap
-Alat tulis Braille diberikan secara percuma
-Kelengkapan pembelajaran disediakan
-Tenaga pengajar berpengalaman
-Tempat latihan yang kondusif
-Kemudahan kudapan dan makanan disediakan semasa kursus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI KURSUS INI?
1. Pegawai jabatan pendidikan khas
2. Guru pendidikan khas dan guru di institusi-institusi pendidikan

3. Pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan dengan OKU penglihatan
4. Pegawai-pegawai NGO dan swasta
5. Pegawai kebajikan masyarakat, kaunseling dan perpustakaan
6. Ibubapa dan individu OKU penglihatan
7. Pegawai sukan paralimpik
8. Pelajar sekolah dan universiti
9. Kepada orang awam yang berminat.

Sila hubungi KLBR Cik Aqilah di 03-4032 2111 untuk maklumat lanjut dan surat jemputan mengenai kursus ini.

Borang

Ringkasan Kursus dan Jadual

Thursday, April 3, 2014

JEMPUTAN MENYERTAI 
MAJLIS TILAWAH AL-QUR'AN BRAILLE 2014

KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Qur’an Braille kali-5.

Penyertaan adalah terbuka kepada individu cacat penglihatan berusia 11 tahun ke atas dan boleh membaca dengan lancar Al-Qur’an melalui kaedah tulisan Braille.

Pendaftaran peserta boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan, yang boleh dimuat-turun di Borang TAB2014. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 16 Mei 2014.

Nota: Bagi calon-calon persendirian yang memerlukan bantuan untuk pengisian borang, sila hubungi urusetia di 03-4032 2111.

Peringkat Saringan
Acara saringan, sekiranya perlu, akan dijalankan pada ketetapan berikut:


     Tarikh: 20 Jun 2014, Jumaat (Tarikh baru)
     Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
     Venue: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.
            
Peringkat Akhir
Lima orang qari dan lima orang qari’ah adalah layak ke peringkat akhir yang dijadualkan seperti berikut:
    
     Tarikh: 21 Jun 2014, Sabtu
     Masa: 8.00 pagi – 1.30 petang
     Venue: Dewan Auditorium, 
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.


Semua peserta peringkat akhir akan menerima sijil penyertaan, wang tunai dan lain-lain hadiah iringan.


Sukacita kami mengalu-alukan penyertaan anda dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makan-minum sepanjang hari pertandingan serta kemudahan penginapan khas kepada peserta dan pengiring dari luar Kuala Lumpur / Shah Alam. Walau bagaimana pun kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pihak peserta sendiri.


BorangPenyertaan.jpeg
Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi Emma Suhada di emel kl.braille.resource@gmail.com [Subject: Tilawah Al-Qur'an 2014] atau telefon 03-4032 2111.

Thursday, March 13, 2014

PENGUMUMAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI ORANG BUTA DAN AHLI KELUARGA NEGERI PAHANG PADA SABTU, 22 MAC 2014 INI DIBATALKAN. HARAP MAKLUM.



Wednesday, February 26, 2014


PEMBANTU TASKA DIPERLUKAN SEGERA

1. Tadika Jatiminda, anak syarikat KL Braille, memerlukan segera dua orang pembantu             tadika.
2. Calon hendaklah merupakan wanita tempatan yang mempunyai pengetahuan asas                   mengasuh kanak-kanak.
3. Gaji sebulan RM800++ tertakluk kepada pengalaman.
4. Makan-minum serta tempat tinggal disediakan.
5. Waktu kerja: 8.00 pagi hingga 7.00 malam, hari Isnin hingga Jumaat.
6. Lokasi: No. 13 Tingkat 1, Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves.
7. Yang berminat sila hubungi Puan Suriani di tel. 03-20215764.




PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN SESI 2014 


Pendaftaran dan kemasukan sesi 2014 telah dibuka sekarang.

(Anak syarikat KL Braille Resources)

A.Kami menyediakan perkhidmatan;
1. Nursery, Daycare dan Transit
2. Night care
3. Kelas Iqra'
4. Tuisyen untuk subjek-subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik

B.Kemudahan pengangkutan juga disediakan untuk Transit

C.Masa Operasi: 7.00 pagi hingga 7.00 malam
                       Isnin - Jumaat

D.Yuran Pendaftaran - RM 200.00
    Yuran Bulanan - RM 350.00 (Untuk 2 - 6 tahun)
                           - RM 400.00 (Bayi - 2 tahun)

E. Sila hubungi kami:
 
     TEACHER SUE: 03-20215764 / 019-5680975 / 011-24145541
     Emel : kl.braille.resource@gmail.com [Subjek: TADIKA]
     Lokasi : Tadika/Taska Jati Minda,
                  No.13-1, Jalan Perdagangan Selasih,
                  68100 Batu Caves. Selangor.



Wednesday, December 18, 2013

Public Forum: 'EMPOWERING BLIND MUSLIMS THROUGH EQUAL ACCESS TO EDUCATION - A GLOBAL INITIATIVE TO PROVIDE BRAILLE QURAN FOR THE BLIND'


KL Braille Resources dan International Union of Braille Quran Services (IBQS) akan menganjurkan forum umum dan menjemput semua individu, para profesional dan organisasi serta orang ramai untuk sama-sama menghadiri forum dan berkongsi pengalaman berharga mereka mengenai cabaran ke arah peluang yang sama untuk pendidikan terutamanya dalam pendidikan Islam untuk orang Muslim yang cacat penglihatan.


Forum ini akan diadakan pada Isnin, 27 Januari 2014
Jam 8.00 pagi - 1.00 petang

LOKASI TERBARU ACARA:
Dewan Utama,
Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat,
No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Untuk menghadiri program ini, anda perlu mendaftarkan maklumat kehadiran di bawah: 




PUBLIC FORUM:
'EMPOWERING BLIND MUSLIMS THROUGH EQUAL ACCESS TO EDUCATION - A GLOBAL INITIATIVE TO PROVIDE BRAILLE QURAN FOR THE BLIND'
                               FB Event: http://www.facebook.com/events/626352690757404

Tuesday, December 3, 2013

Yang Berbahagia Dato' Mah Hassan Omar, Pengarah Urusan KL Braille Resources merangkap Presiden Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia akan diwawacara oleh Radio 24-93.9 FM 
pada jam 6.30 petang ini (Selasa) 
sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2013 pada hari ini.
Anda boleh mendengar secara atas talian di
http://www.liveonlineradio.net/malaysia/radio-24.htm

Tuesday, November 26, 2013

PENDAFTARAN KURSUS MEMBAIKI & MENYENGGARA EMBOSSER BRAILLE DIBUKA SEKARANG.

Klik untuk Borang Penyertaan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille


KL Braille Resources dengan kerjasama Index Braille, syarikat pengeluar pencetak moden Index Braille yang terkemuka di Sweden akan menganjurkan Kursus Membaiki dan Menyenggara Embosser Braille pada 3 Mac hingga 7 Mac 2014 di KL International Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini memberikan pendedahan kepada Teknologi Terkini berkaitan sistem penyediaan naskhah Braille.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Kursus ini terbuka kepada kepada SEMUA
individu dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan pembelian mesin pencetak Braille dan industri percetakan Braille, Guru-guru Pendidikan Khas, Pegawai penerbitan Braille, Tactile graphic designer, Juruteknik, Pengguna Embosser serta mereka yang berminat untuk mendalami aspek teknikal pencetak Braille.

BILA dan DIMANA?

Tarikh: 3 Mac - 7 Mac 2014
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: KL International Hotel, Lorong Haji Hussien, 
    Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 
50300 Kuala Lumpur.

APA yang menarik mengenai kursus ini?

| Yuran penyertaan RM 1,500 sahaja| Makan, minum dan penginapan DISEDIAKAN sepanjang kursus| PERCUMA set peralatan membaiki dan menyenggara| SIJIL penyertaan dan MODUL kursus disediakan|

5 hari kursus| Instruktor oleh Pengarah Urusan Index Braille Sweden| Bahasa pengantar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris| Modul kursus terkini| Suasana kelas yang praktikal dan kondusif| Terbuka kepada semua| Terhad kepada 20 peserta sahaja|

Poster Kursus Membaiki dan Menyenggara Embosser Braille

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 FEBRUARI 2014
PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAWA LAPTOP SENDIRI KERANA KURSUS INI JUGA AKAN MELIBATKAN MODUL SECARA 'ONLINE'  DAN AKSES INTERNET.

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini sila hubungi urusetia Emma Suhada di kl.braille.resource@gmail.com atau 03-4032 2111.

Borang Penyertaan

Anda juga boleh menghubungi TALIAN INFO 03-4032 0222 bagi mendengar maklumat lain mengenai perkhidmatan, produk dan pengumuman di KL Braille Resources.







TALIAN INFO KL BRAILLE RESOURCE KINI DIBUKA:


03 - 4032 0222

Kini anda boleh menghubungi talian info ini untuk mendengar maklumat-maklumat mengenai syarikat, pengumuman, iklaneka, Caring Cafe, perkhidmatan & produk-produk yang ditawarkan di KL Braille Resources.

Thursday, October 10, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU PADA 17 OKTOBER 2013, 2.00-6.00 PETANG.

KL Braille menjemput semua golongan OKU di Lembah Kelang untuk menjamu selera sempena Hari Raya Aidil Adha. Penyertaan adalah percuma.


Program:
MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU

Tarikh:
17 Oktober 2013

Masa:
2.00 – 6.00 petang

Alamat Lokasi:
Caring Café
No.12, Jalan Pelangi 18,
Taman Pelangi,
Sentul,
51100 Kuala Lumpur.

Kumpulan Sasar:
Masyarakat kurang upaya beragama Islam di Lembah Kelang.
  
Rasional:
Dalam realiti kehidupan, ramai OKU tidak berpeluang untuk menikmati suasana sempurna hari raya. Program ini menyediakan platform bagi mereka bersama ahli keluarga masing-masing serta sahabat handai untuk bersama menikmati jamuan daging korban dan lain-lain juadah hari raya yang disediakan oleh warga KL Braille Resources. Inisiatif ini adalah selaras dengan konsep pengorbanan, pembelaan golongan kurang bernasib baik, kasih saying serta ikatan perpaduan muslim sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam sempena sambutan Aidil Adha.

Wednesday, September 25, 2013

Caring Cafe Kini Dibuka!

PENGUMUMAN.

Diperkenalkan Caring Café yang merupakan cawangan perniagaan baru KL Braille dalam perkhidmatan restoran makanan segera. Menu istimewa ialah bubur bermacam perisa: bubur kacang, bubur jagung, bubur gandum, bubur pisang, semua pada harga RM2.50. Bubur nasi, laksa bihun atau mi sup pula pada harga RM3.50. Untuk harga minuman panas, minuman sejuk dan lain-lain menu sampingan, anda boleh menyemak di talian info kami pada no. 03-40320222

Anda juga boleh memesan untuk penghantaran peribadi mana-mana menu caring café dengan menelefon pegawai jualan kami pada no. 03-20215764 atau SMS ke 013-3705794, tertakluk pada syarat-syarat berikut:

1. Nilai satu pesanan hendaklah tidak kurang dari sepuluh Ringgit.
2. Caj perkhidmatan untuk satu pesanan ialah satu Ringgit.
3. Penghantaran untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.
4. Penghantaran ke bangunan bertingkat akan dihadkan ke tingkat bawah atau lobby sahaja.
5. Masa operasi: Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 6 petang 
dan pada hari Sabtu jam 10 pagi hingga 2 petang.



Terima Kasih.

Tuesday, April 9, 2013

KEJOHANAN CATUR BERPASUKAN GRANDPRIX 2013


Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Catur OKU Malaysia akan menganjurkan grandprix catur berpasukan pada bulan Disember ini, Piala pusingan beserta hadiah iringan yang menarik akan ditawarkan kepada pemenang. Yang layak menyertainya ialah 6 pasukan yang bejaya mengumpul markah tertinggi hasil daripada circuit bulanan. Circuit pertama akan dimulakan pada hari sabtu 20hb April 2013 jam 9.00 pagi bertempat di Caring Cafe’ No 12 jalan pelangi 18, Taman Pelangi, Sentul. Yang ingin mengambil bahagian hendaklah membentuk pasukan yang terdiri 3 orang pemain 2 orang daripadanya hendaklah OKU, Yuran pendaftaran  RM 60.00. Sila mendaftar dengan menghubuni En Hassan ditalian 013-3905764  atau Cik Atika 03-40322111.

1.TARIKH/MASA: 20 April 2013   9.00 pagi   -   5.00 petang
2.VENUE: Catering Cafe, Kuala Lumpur.
3.ACARA: Berpasukan, Tiga orang pemain sahaja, (2 orang daripadanya
                  hendaklah OKU)
4.YURAN PENYERTAAN: RM 60.00
5.HADIAH: Piala pusingan beserta hadiah iringan yang menarik akan ditawarkan.
6.Pendaftaran : Tel.  No 03 40322111
                            Fax  No 03 40323111
                            Email : kl.braille.resource@gmail.com
                            SMS : 013 3905764
                            Maybank 114329109778 Mah Hassan (Slip Bayaran sebagai bukti)




Borang Penyertaan
________________________________________________
Kejohanan Catur Berpasukan GrandPrix 2013

Kategori : Grand Prix Berpasukan
Tarikh : 20 April 2013
Venue : caring café’
Penganjur : KL Braille Resources
ACARA : Berpasukan, Tiga pemain satu pasukan (2 orang daripadanya hendaklah
                 OKU)
Yuran : RM 60.00


Nama Pasukan    :_____________________________

Ketua  Pasukan    :____________________________


Nama Pemain  1  : ____________________________

Nama Pemain  2  : ____________________________

Nama Pemain   3  : ___________________________


Pengesahan  Jabatan : _________________________

Alamat Jabatan       : _________________________
                             
                                _________________________

                                _________________________

Nama Ketua Pasukan :____________________________

Tel Hp : _________  Fax : ________ Email : __________




Kegunaan Pejabat:

Tarik Diterima : _______________
Yuran Sudah / Belum Dijelaskan
-------------------------------------------------------------------------------- 
                           KL BRAILLE RESOURCES (Reg. No. 001499934-T) 
     No, 134C. Taman Sri Setapak, KM 4, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia. 
                                           TEL: 03 40220045        FAX: 03-40220046

Nama Pasukan:___________________________
Yuran :RM 60.00
Tarikh Bayaran: ______________

Untuk Download Borang Sila Klick



Tuesday, January 15, 2013

KEJOHANAN CATUR BERPENUTUP MATA KL BRAILLE 2013



Adalah diumumkan bahawa sempena pelancaran subsidiarinya Caring Café, KL Braille Resources akan menganjurkan suatu pertandingan catur khas seperti berikut:

TARIKH:                                 16 Februari 2013 (Sabtu)
NAMA PERTANDINGAN:    Kejohanan Catur Berpenutup Mata KL Braille 2013
TEMPAT:                                CARING CAFÉ
                                              No. 12, Jalan Pelangi 18,
                                              Taman Pelangi, Sentul,
                                              51100 Kuala Lumpur.


KELAYAKAN PESERTA:   Individu terbuka. 
YURAN PENYERTAAN :    RM30 untuk setiap peserta melainkan OKU =RM10.
HADIAH : 

  1. Juara: RM3,000
  2. Naib juara: RM1,000
  3. Peserta separuh akhir: RM500 seorang

SYARAT PERTANDINGAN:
  1. Pemain diwajibkan memakai penutup mata sepanjang masa permainannya berjalan.
  2. Pemain hendaklah menggerakkan buah caturnya sendiri.
  3. Set catur Braille akan digunapakai bagi setiap permainan
  4. Kawalan masa untuk setiap permainan ialah satu jam sehingga tamat.
  5. Semua perlawanan akan dijalankan di premis Caring Café.
  6. Melainkan dimaklumkan sebaliknya, semua perlawanan akan dilangsungkan pada 16 Januari 2013 hari Sabtu, 9.30 a.m. – 4.30 p.m.
  7. Melainkan dimaklumkan sebaliknya, undian kumpulan akan dijalankan pada 12 Februari 2013 jam 4.00 p.m.

SISTEM PERTANDINGAN:
  1. Para peserta akan dibahagikan kepada 8 kumpulan yang akan bermain sekali dengan setiap peserta dalam kumpulan masing-masing. Dua pencapaian tertinggi dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat saringan kalah-mati.
  2. 16 orang peserta yang layak ke peringkat saringan kalah-mati akan bermain tiga kali dengan lawan masing-masing.
  3. 8 orang pemenang akan mara ke peringkat suku akhir dan akan bermain tiga kali dengan lawan masing-masing.
  4. 4 orang pemenang seterusnya mara ke peringkat separuh akhir dan akan bermain tiga kali dengan lawan masing-masing.
  5. 2 peserta yang berjaya akan ke peringkat akhir dan akan bermain tiga kali dengan lawannya untuk ditentukan juara.
JADUAL PERTANDINGAN:

TARIKH
PERKARA

16 Februari 2013
PRELIMINARY ROUND – ROUND ROBIN

9.30am – 11.30am 
Perlawanan di dalam kumpulan
12.00pm – 2.00pm
2.30pm – 4.30pm
23 Februari 2013
9.30am – 11.30am 
Perlawanan di dalam kumpulan

12.00pm – 2.00pm

2.30pm – 4.30pm
2 Mac 2013
9.30am – 11.30am 
Perlawanan di antara kumpulan
            Peringkat kalah mati
        Max: 3 game

12.00pm – 2.00pm

2.30pm – 4.30pm
9 Mac 2013
9.30am – 11.30am 
Suku Akhir
        Max: 3 game

12.00pm – 2.00pm

2.30pm – 4.30pm
16 Mac 2013
9.30am – 11.30am 
Separuh Akhir
         Max: 3 game

12.00pm – 2.00pm

2.30pm – 4.30pm
23 Mac 2013
9.30am – 11.30am 
Akhir
Max: 3 game

12.00pm – 2.00pm

2.30pm – 4.30pm


**Tertakluk kepada sebarang perubahan.

PENDAFTARAN PESERTA.
Sila isi borang pendaftaran di sini. KLIK.
Atau download di sini.

Tarikh Tutup Pendaftaran: 10 Februari 2013 atau setelah penyertaan berjumlah 64 orang, mana yang lebih awal.

Pembayaran Yuran Pendaftaran:
Bank: CIMB
No Akaun: 14190000022101
Nama Akaun: KL BRAILLE RESOURCES
(Slip Bayaran sebagai bukti pembayaran)

Sebarang pertanyaan hubungi: CIK NORSYAHIDAH (03-40322111 / 019-5516381)
Atau layari laman web: http://klbraille.blogspot.com