Tuesday, November 26, 2013

PENDAFTARAN KURSUS MEMBAIKI & MENYENGGARA EMBOSSER BRAILLE DIBUKA SEKARANG.

Klik untuk Borang Penyertaan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille


KL Braille Resources dengan kerjasama Index Braille, syarikat pengeluar pencetak moden Index Braille yang terkemuka di Sweden akan menganjurkan Kursus Membaiki dan Menyenggara Embosser Braille pada 3 Mac hingga 7 Mac 2014 di KL International Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini memberikan pendedahan kepada Teknologi Terkini berkaitan sistem penyediaan naskhah Braille.

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Kursus ini terbuka kepada kepada SEMUA
individu dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan pembelian mesin pencetak Braille dan industri percetakan Braille, Guru-guru Pendidikan Khas, Pegawai penerbitan Braille, Tactile graphic designer, Juruteknik, Pengguna Embosser serta mereka yang berminat untuk mendalami aspek teknikal pencetak Braille.

BILA dan DIMANA?

Tarikh: 3 Mac - 7 Mac 2014
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: KL International Hotel, Lorong Haji Hussien, 
    Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 
50300 Kuala Lumpur.

APA yang menarik mengenai kursus ini?

| Yuran penyertaan RM 1,500 sahaja| Makan, minum dan penginapan DISEDIAKAN sepanjang kursus| PERCUMA set peralatan membaiki dan menyenggara| SIJIL penyertaan dan MODUL kursus disediakan|

5 hari kursus| Instruktor oleh Pengarah Urusan Index Braille Sweden| Bahasa pengantar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris| Modul kursus terkini| Suasana kelas yang praktikal dan kondusif| Terbuka kepada semua| Terhad kepada 20 peserta sahaja|

Poster Kursus Membaiki dan Menyenggara Embosser Braille

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 FEBRUARI 2014
PESERTA DIKEHENDAKI MEMBAWA LAPTOP SENDIRI KERANA KURSUS INI JUGA AKAN MELIBATKAN MODUL SECARA 'ONLINE'  DAN AKSES INTERNET.

Sebarang pertanyaan mengenai kursus ini sila hubungi urusetia Emma Suhada di kl.braille.resource@gmail.com atau 03-4032 2111.

Borang Penyertaan

Anda juga boleh menghubungi TALIAN INFO 03-4032 0222 bagi mendengar maklumat lain mengenai perkhidmatan, produk dan pengumuman di KL Braille Resources.







TALIAN INFO KL BRAILLE RESOURCE KINI DIBUKA:


03 - 4032 0222

Kini anda boleh menghubungi talian info ini untuk mendengar maklumat-maklumat mengenai syarikat, pengumuman, iklaneka, Caring Cafe, perkhidmatan & produk-produk yang ditawarkan di KL Braille Resources.