Wednesday, November 19, 2014

                                        
KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan menganjurkan EXPO BRAILLE seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2014, Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Ruang legar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Koordinat: 4°35'31.9"N,101°05'36.5"E

Pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak. 

Selain daripada itu, terdapat juga
- Aktiviti-aktiviti: Kenali dan belajar tulisan Braille

Semua warga Perak dijemput hadir untuk memeriahkan acara ini. Jumpa anda di sana.

Jadual acara:
8.30 pagi: Pendaftaran Penyertaan
9.00 pagi - 4.30 petang: Pameran/Demo Bacaan Al-Quran Braille
9.00 pagi - 4.30 petang: Jualan Cenderahati/Kraftangan dan lain-lain
9.00 pagi - 10.00 pagi: Pertandingan Mewarna (50 peserta berumur 10-12 tahun)
10.00 pagi: Pertandingan Catur Terbuka
11.00 pagi: Pertandingan Dominos Braille Terbuka
1.00 petang: Penyampaian Hadiah

Friday, October 31, 2014

KURSUS LATIHAN BRAILLE BOX

 BrailleBox merupakan pencetak khas berkelajuan tinggi untuk percetakan berkuantiti besar dan rekabentuk strukturnya mempunyai sistem penyerapan bunyi. Braille Box memberikan pengeluaran percetakan yang berkualiti tinggi untuk jangka masa yang panjang. (Gambar Braille Box V4 dari Index Braille)

KLBR dengan kerjasama Index Braille Sweden akan mengadakan Kursus Latihan Braille Box. Kursus ini terbuka kepada mereka yang terlibat atau berminat dengan percetakan Braille berteknologi tinggi. Kursus ini akan dikendalikan sendiri oleh Mr Bjorn Lofstedt dan Ms Anna Lau dari Index Braille secara teori dan praktikal.


Tarikh: 17 November 2014
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik latihan, KL Braille Resources.

Yuran penyertaan adalah RM200 seorang. (Kos ini adalah termasuk makan minum sepanjang masa kursus, kemudahan-kemudahan kursus yang lain dan sijil penyertaan)­­

Sila hubungi pihak kami untuk penyertaan atau mendapatkan surat jemputan bagi syarikat-syarikat & agensi kerajaan.

Video Braille Box V4
Pautan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille
Pautan Kursus Intensif Embosser Braille

Wednesday, October 15, 2014

KURSUS KEMAHIRAN BRAILLE

  • Matlamat:  Untuk melahirkan peserta yang mahir menulis dan membaca melalui kaedah tulisan Braille.
  • Faedah-faedah Kursus:                                                                                                                                                                                                                                                                         Peluang untuk meningkatkan kadar literasi dan peluang mengakses ilmu bagi masyarakat kurang upaya penglihatan.                                                                                                                                                                                                                                                                       Peluang untuk menambah pengetahuan dan mendapat pengalaman dalam bidang pendidikan khas Orang Kurang Upaya penglihatan boleh mendapatkan banyak manfaat daripada aktivit-aktiviti di KL Braille Resources.


MENGENAI KURSUS
  • Kursus Kemahiran Braille merupakan produk komersial daripada syarikat KL Braille Resources. Ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu 1) Peringkat asas dan 2) Peringkat tinggi                                                                                                                                                                                 

MODUL YANG DITAWARKAN
  • Tahap Asas: Tempoh Pengajian 33 JAM / Yuran RM900
  • Tahap Tinggi: Tempoh Pengajian 66 JAM / Yuran RM1,600
  • Setiap peserta WAJIB lulus ujian kelayakan bagi dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN BRAILLE.
  • Untuk LAYAK menduduki peperiksaan, peserta hendaklah mencapai 75% waktu kehadiran kelas.

JADUAL KURSUS
a) EKPRES
-TEMPOH: 4 JAM SEHARI (2 JAM PAGI & 2 JAM PETANG)
-TAHAP ASAS: 9 HARI
-TAHAP TINGGI: 17 HARI

b) FLEKSIBEL HARIAN
- TEMPOH: 3 JAM SEHARI (SEBELAH PAGI/SEBELAH PETANG)
- TAHAP ASAS: 11 HARI
- TAHAP TINGGI: 22 HARI

c) FLEKSIBEL MINGGUAN
- 3 JAM SEHARI (SETIAP HARI SABTU)
- TAHAP ASAS: 11 MINGGU
- TAHAP TINGGI: 22 MINGGU

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RINGKASAN MODUL
-Mempelajari sejarah Braille.
-Mempelajari peralatan asas Braille dan alatan gambar rajah tactile.
-Mempelajari abjad-abjad Braille, tanda angka serta lain-lain tanda bacaan.
-Mendalami fungsi jabatan, institusi dan lain-lain agensi berkaitan perkhidmatan terhadap orang kurang upaya penglihatan.
-Latihan secara praktikal.
-Pendedahan dengan tugasan luar.
-Mempelajari kaedah singkatan Braille.

KEMUDAHAN LATIHAN
-Dianugerahkan sijil pentauliahan kemahiran untuk setiap tahap
-Alat tulis Braille diberikan secara percuma
-Kelengkapan pembelajaran disediakan
-Tenaga pengajar berpengalaman
-Tempat latihan yang kondusif
-Kemudahan kudapan dan makanan disediakan semasa kursus.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI KURSUS INI?
1. Pegawai jabatan pendidikan khas
2. Guru pendidikan khas dan guru di institusi-institusi pendidikan

3. Pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan dengan OKU penglihatan
4. Pegawai-pegawai NGO dan swasta
5. Pegawai kebajikan masyarakat, kaunseling dan perpustakaan
6. Ibubapa dan individu OKU penglihatan
7. Pegawai sukan paralimpik
8. Pelajar sekolah dan universiti
9. Kepada orang awam yang berminat.

Sila hubungi KLBR Cik Aqilah di 03-4032 2111 untuk maklumat lanjut dan surat jemputan mengenai kursus ini.

Borang

Ringkasan Kursus dan Jadual

Thursday, April 3, 2014

JEMPUTAN MENYERTAI 
MAJLIS TILAWAH AL-QUR'AN BRAILLE 2014

KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Qur’an Braille kali-5.

Penyertaan adalah terbuka kepada individu cacat penglihatan berusia 11 tahun ke atas dan boleh membaca dengan lancar Al-Qur’an melalui kaedah tulisan Braille.

Pendaftaran peserta boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan, yang boleh dimuat-turun di Borang TAB2014. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 16 Mei 2014.

Nota: Bagi calon-calon persendirian yang memerlukan bantuan untuk pengisian borang, sila hubungi urusetia di 03-4032 2111.

Peringkat Saringan
Acara saringan, sekiranya perlu, akan dijalankan pada ketetapan berikut:


     Tarikh: 20 Jun 2014, Jumaat (Tarikh baru)
     Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
     Venue: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.
            
Peringkat Akhir
Lima orang qari dan lima orang qari’ah adalah layak ke peringkat akhir yang dijadualkan seperti berikut:
    
     Tarikh: 21 Jun 2014, Sabtu
     Masa: 8.00 pagi – 1.30 petang
     Venue: Dewan Auditorium, 
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.


Semua peserta peringkat akhir akan menerima sijil penyertaan, wang tunai dan lain-lain hadiah iringan.


Sukacita kami mengalu-alukan penyertaan anda dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makan-minum sepanjang hari pertandingan serta kemudahan penginapan khas kepada peserta dan pengiring dari luar Kuala Lumpur / Shah Alam. Walau bagaimana pun kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pihak peserta sendiri.


BorangPenyertaan.jpeg
Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi Emma Suhada di emel kl.braille.resource@gmail.com [Subject: Tilawah Al-Qur'an 2014] atau telefon 03-4032 2111.

Thursday, March 13, 2014

PENGUMUMAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI ORANG BUTA DAN AHLI KELUARGA NEGERI PAHANG PADA SABTU, 22 MAC 2014 INI DIBATALKAN. HARAP MAKLUM.



Wednesday, February 26, 2014


PEMBANTU TASKA DIPERLUKAN SEGERA

1. Tadika Jatiminda, anak syarikat KL Braille, memerlukan segera dua orang pembantu             tadika.
2. Calon hendaklah merupakan wanita tempatan yang mempunyai pengetahuan asas                   mengasuh kanak-kanak.
3. Gaji sebulan RM800++ tertakluk kepada pengalaman.
4. Makan-minum serta tempat tinggal disediakan.
5. Waktu kerja: 8.00 pagi hingga 7.00 malam, hari Isnin hingga Jumaat.
6. Lokasi: No. 13 Tingkat 1, Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves.
7. Yang berminat sila hubungi Puan Suriani di tel. 03-20215764.




PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN SESI 2014 


Pendaftaran dan kemasukan sesi 2014 telah dibuka sekarang.

(Anak syarikat KL Braille Resources)

A.Kami menyediakan perkhidmatan;
1. Nursery, Daycare dan Transit
2. Night care
3. Kelas Iqra'
4. Tuisyen untuk subjek-subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik

B.Kemudahan pengangkutan juga disediakan untuk Transit

C.Masa Operasi: 7.00 pagi hingga 7.00 malam
                       Isnin - Jumaat

D.Yuran Pendaftaran - RM 200.00
    Yuran Bulanan - RM 350.00 (Untuk 2 - 6 tahun)
                           - RM 400.00 (Bayi - 2 tahun)

E. Sila hubungi kami:
 
     TEACHER SUE: 03-20215764 / 019-5680975 / 011-24145541
     Emel : kl.braille.resource@gmail.com [Subjek: TADIKA]
     Lokasi : Tadika/Taska Jati Minda,
                  No.13-1, Jalan Perdagangan Selasih,
                  68100 Batu Caves. Selangor.