Thursday, October 18, 2012

PERTANDINGAN CATUR BRAILLE, 2012

Adalah di maklumkan bahawa KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Pertandingan Catur Braille, 2012.


Matlamat kejohanan catur ini adalah bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pemain catur OKU dan normal selain dari menyediakan peluang aktiviti sukan catur untuk semua pemain catur.


Tarikh : 04 November 2012
Tempat : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Pendaftaran : 8.00 pagi - 8.45 pagi / Pusingan pertama : 9.00 pagi


Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Kategori Individu Cacat Penglihatan.
  • Secara individu
  • Kawalan masa 45 minit sehingga tamat permainan.
  • 5 pusingan
  • Yuran penyertaan - percuma

2. Kategori Berpasukan Terbuka.
  • Sebuah pasukan mempunyai 4 orang pemain
  • Kawalan masa 25 minit sehingga tamat permainan.
  • Min 6 pusingan
  • Yuran penyertaan - RM50 / pasukan


Tarikh tutup penyertaan : 01 NOVEMBER 2012
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sekretariat pertandingan En. Faisal (012-310 9997) atau Pn. Eleeza (03-2021 5764)


Pendaftaran
Untuk mendaftar sila rujuk laman web okucatur.blogspot.com

No comments:

Post a Comment