Posts

Showing posts from 2013

Public Forum: 'EMPOWERING BLIND MUSLIMS THROUGH EQUAL ACCESS TO EDUCATION - A GLOBAL INITIATIVE TO PROVIDE BRAILLE QURAN FOR THE BLIND'

Image
KL Braille Resources dan International Union of Braille Quran Services (IBQS) akan menganjurkan forum umum dan menjemput semua individu, para profesional dan organisasi serta orang ramai untuk sama-sama menghadiri forum dan berkongsi pengalaman berharga mereka mengenai cabaran ke arah peluang yang sama untuk pendidikan terutamanya dalam pendidikan Islam untuk orang Muslim yang cacat penglihatan. Forum ini akan diadakan pada Isnin, 27 Januari 2014 Jam 8.00 pagi - 1.00 petang LOKASI TERBARU ACARA: Dewan Utama, Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat, No. 17, Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, 51000  KUALA LUMPUR, MALAYSIA Untuk menghadiri program ini, anda perlu mendaftarkan maklumat kehadiran di bawah:  http://a-braille-quran-public-forum.eventbrite.com/ PUBLIC FORUM: 'EMPOWERING BLIND MUSLIMS THROUGH EQUAL ACCESS TO EDUCATION - A GLOBAL INITIATIVE TO PROVIDE BRAILLE QURAN FOR THE BLIND'...
Yang Berbahagia Dato' Mah Hassan Omar, Pengarah Urusan KL Braille Resources merangkap Presiden Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia akan diwawacara oleh Radio 24-93.9 FM   pada jam 6.30 petang ini (Selasa)  sempena sambutan Hari OKU Kebangsaan 2013 pada hari ini. Anda boleh mendengar secara atas talian di http://www.liveonlineradio.net/malaysia/radio-24.htm
Image
PENDAFTARAN KURSUS MEMBAIKI & MENYENGGARA EMBOSSER BRAILLE DIBUKA SEKARANG. Klik untuk  Borang Penyertaan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille KL Braille Resources dengan kerjasama Index Braille , syarikat pengeluar pencetak moden Index Braille yang terkemuka di Sweden akan menganjurkan Kursus Membaiki dan Menyenggara Embosser Braille pada 3 Mac hingga 7 Mac 2014 di KL International Hotel, Kuala Lumpur . Kursus ini memberikan pendedahan kepada Teknologi Terkini berkaitan sistem penyediaan naskhah Braille. SIAPA YANG PATUT HADIR? Kursus ini terbuka kepada kepada SEMUA individu dan Pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan pembelian mesin pencetak Braille dan industri percetakan Braille, Guru-guru Pendidikan Khas, Pegawai penerbitan Braille, Tactile graphic designer, Juruteknik, Pengguna Embosser serta mereka yang berminat untuk mendalami aspek teknikal pencetak Braille. BILA dan DIMANA? Tarikh: 3 Mac - 7 Mac 2014 Masa: 9.00 pagi - 5...
TALIAN INFO KL BRAILLE RESOURCE KINI DIBUKA: 03 - 4032 0222 Kini anda boleh menghubungi talian info ini untuk mendengar maklumat-maklumat mengenai syarikat, pengumuman, iklaneka, Caring Cafe , perkhidmatan & produk-produk yang ditawarkan di KL Braille Resources.

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU PADA 17 OKTOBER 2013, 2.00-6.00 PETANG.

Image
KL Braille menjemput semua golongan OKU di Lembah Kelang untuk menjamu selera sempena Hari Raya Aidil Adha. Penyertaan adalah percuma. Program: MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU Tarikh: 17 Oktober 2013 Masa: 2.00 – 6.00 petang Alamat Lokasi: Caring Café No.12, Jalan Pelangi 18, Taman Pelangi, Sentul, 51100 Kuala Lumpur . Kumpulan Sasar: Masyarakat kurang upaya beragama Islam di Lembah Kelang.     Rasional: Dalam realiti kehidupan, ramai OKU tidak berpeluang untuk menikmati suasana sempurna hari raya. Program ini menyediakan platform bagi mereka bersama ahli keluarga masing-masing serta sahabat handai untuk bersama menikmati jamuan daging korban dan lain-lain juadah hari raya yang disediakan oleh warga KL Braille Resources. Inisiatif ini adalah selaras dengan konsep pengorbanan, pembelaan golongan kurang bernasib baik, kasih saying serta ikatan perpaduan muslim sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam sempen...

Caring Cafe Kini Dibuka!

Image
Caring Cafe , Taman Pelangi   PENGUMUMAN. Diperkenalkan Caring Café yang merupakan cawangan perniagaan baru KL Braille dalam perkhidmatan restoran makanan segera. Menu istimewa ialah bubur bermacam perisa: bubur kacang, bubur jagung, bubur gandum, bubur pisang, semua pada harga RM2.50. Bubur nasi, laksa bihun atau mi sup pula pada harga RM3.50. Untuk harga minuman panas, minuman sejuk dan lain-lain menu sampingan, anda boleh menyemak di talian info kami pada no. 03-40320222 Anda juga boleh memesan untuk penghantaran peribadi mana-mana menu caring café dengan menelefon pegawai jualan kami pada no. 03-20215764 atau SMS ke 013-3705794, tertakluk pada syarat-syarat berikut: 1. Nilai satu pesanan hendaklah tidak kurang dari sepuluh Ringgit. 2. Caj perkhidmatan untuk satu pesanan ialah satu Ringgit. 3. Penghantaran untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja. 4. Penghantaran ke bangunan bertingkat akan dihadkan ke tingkat bawah atau lobby sahaja. 5. Masa operasi: Isn...

KEJOHANAN CATUR BERPASUKAN GRANDPRIX 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Catur OKU Malaysia akan menganjurkan grandprix catur berpasukan pada bulan Disember ini, Piala pusingan beserta hadiah iringan yang menarik akan ditawarkan kepada pemenang. Yang layak menyertainya ialah 6 pasukan yang bejaya mengumpul markah tertinggi hasil daripada circuit bulanan. Circuit pertama akan dimulakan pada hari sabtu 20hb April 2013 jam 9.00 pagi bertempat di Caring Cafe’ No 12 jalan pelangi 18, Taman Pelangi, Sentul. Yang ingin mengambil bahagian hendaklah membentuk pasukan yang terdiri 3 orang pemain 2 orang daripadanya hendaklah OKU, Yuran pendaftaran  RM 60.00. Sila mendaftar dengan menghubuni En Hassan ditalian 013-3905764  atau Cik Atika 03-40322111. 1.TARIKH/MASA :   20 April 2013   9.00 pagi   -   5.00 petang 2.VENUE: Catering Cafe, Kuala Lumpur. 3.ACARA: Berpasukan, Tiga orang pemain sahaja, (2 orang daripadanya       ...

KEJOHANAN CATUR BERPENUTUP MATA KL BRAILLE 2013

Image
Adalah diumumkan bahawa sempena pelancaran subsidiarinya Caring Café, KL Braille Resources akan menganjurkan suatu pertandingan catur khas seperti berikut: TARIKH:                                   16 Februari 2013 (Sabtu) NAMA PERTANDINGAN:    Kejohanan Catur Berpenutup Mata KL Braille 2013 TEMPAT:                                CARING CAFÉ                                               No. 12, Jalan Pelangi 18,                                               Taman Pelangi, Sentul,   ...