Thursday, October 10, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU PADA 17 OKTOBER 2013, 2.00-6.00 PETANG.

KL Braille menjemput semua golongan OKU di Lembah Kelang untuk menjamu selera sempena Hari Raya Aidil Adha. Penyertaan adalah percuma.


Program:
MAJLIS JAMUAN AIDIL ADHA KL BRAILLE BERSAMA OKU

Tarikh:
17 Oktober 2013

Masa:
2.00 – 6.00 petang

Alamat Lokasi:
Caring Café
No.12, Jalan Pelangi 18,
Taman Pelangi,
Sentul,
51100 Kuala Lumpur.

Kumpulan Sasar:
Masyarakat kurang upaya beragama Islam di Lembah Kelang.
  
Rasional:
Dalam realiti kehidupan, ramai OKU tidak berpeluang untuk menikmati suasana sempurna hari raya. Program ini menyediakan platform bagi mereka bersama ahli keluarga masing-masing serta sahabat handai untuk bersama menikmati jamuan daging korban dan lain-lain juadah hari raya yang disediakan oleh warga KL Braille Resources. Inisiatif ini adalah selaras dengan konsep pengorbanan, pembelaan golongan kurang bernasib baik, kasih saying serta ikatan perpaduan muslim sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam sempena sambutan Aidil Adha.

No comments:

Post a Comment