Expo Braille di Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront
Pautan Gambar Aktiviti
Expo Braille kali ini menjengah ke komuniti Ampang Waterfront pada Sabtu, 19 Mei 2015. Expo diadakan di perpustakaan komuniti di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang terletak bersebelahan jalanraya utama dari Kuala Lumpur ke Bukit Belacan. Expo kali ini unik kerana terdapat aktiviti tambahan iaitu Refleksologi dan juga Pertandingan Catur Braille serta Pertandingan Dominos Braille.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taklimat Gerakerja Sukarelawan
Sesi bergambar beramai-ramai di Expo Braille Ampang Waterfront |
Expo Braille kali ini menjengah ke komuniti Ampang Waterfront pada Sabtu, 19 Mei 2015. Expo diadakan di perpustakaan komuniti di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang terletak bersebelahan jalanraya utama dari Kuala Lumpur ke Bukit Belacan. Expo kali ini unik kerana terdapat aktiviti tambahan iaitu Refleksologi dan juga Pertandingan Catur Braille serta Pertandingan Dominos Braille.
Pertandingan Catur Braille kali ini telah berpeluang menerima penyertaan dari kalangan pemain-pemain catur berpengalaman menjadikan persaingan acara ini lebih menarik. Manakala Pertandingan Catur Braille pula mendapat sambutan dari kalangan pengunjung remaja. Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan KLBR.
Pihak PPAW juga telah mengadakan aktiviti melukis dan mewarna untuk kanak-kanak yang terdiri dari pengunjung-pengunjung perpustakaan.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya dan isteri Puan Rosni serta penduduk-penduduk yang sudi melawat Expo Braille ini, Puan Azliza Yusof dan sukarelawan Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront, dan kepada semua yang hadir serta memberikan sokongan kepada program ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taklimat Gerakerja Sukarelawan
Menghasilkan Naskhah Buku Braille
Tarikh: 7 Mei 2015, Khamis
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan KL Braille Resources
-Tempat adalah terhad kepada 30 orang pertama
-Taklimat akan disampaikan oleh Presiden Persatuan Braille
Malaysia Dato’ Mah Hassan
-Untuk pendaftaran, maklumat yang diperlukan adalah:
Nama, Alamat, No. Telefon dan Emel. Boleh hantar melalui
Whatsapp 017-2294091 (Pn. Rahimah) atau emel kepada
kl.braille.resource@gmail.com
Jualan Amal Tabung Dana Pendidikan Braille.
Dapatkan CD MP3 Audio Al Quran lengkap 114 surah beserta terjemahan di dalam Bahasa Malaysia kini boleh didapati di KL Braille Resources. CD berharga RM 20.00 dijual untuk sumbangan kepada Tabung Dana Pendidikan Braille. Dana ini akan digunakan untuk kos penerbitan naskhah Al Quran, buku-buku agama dan buku akademik untuk manfaat golongan cacat penglihatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pakej LUNCH BOX, TEA MASTER & FRIDAY SPECIAL di Caring Cafe.
Bagi sesiapa yang ingin menikmati makan tengahari atau minum petang tetapi tidak berkesempatan keluar kerana kesibukan bekerja atau kesesakan lalu lintas; Caring Cafe kini menawarkan set Lunch Box, Tea Master dan Special Friyay (setiap Jumaat). Anda boleh memilih dari senarai menu yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan bermula dari RM7.00.
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Caring Cafe di 03-4032 2111.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan Braille di Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront.
Perpustakaan Komuniti ini adalah salah satu daripada perpustakaan cawangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang terletak di Ampang, Selangor. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada 17 Oktober 2011. Di satu sudut bacaan terdapat beberapa contoh bahan braille yang disediakan seperti Al Quran Braille, Muqaddam Braille, catur Braille dan braille slate. Para pengunjung yang ingin meninjau bahan Braille boleh datang ke perpustakaan ini bersama keluarga di samping membaca buku-buku yang sedia ada. Bagi mereka yang ingin melihat lebih contoh bahan Braille dan keperluan khas OKU penglihatan boleh melawat Bilik Braille di HQ PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda yang terletak di Shah Alam.
Lokasi perpustakaan ini di sebelah jalanraya utama Jalan AWF5, Ampang Waterfront dan kemudahan pengangkutan LRT Stesen Ampang dan bas RAPIDKL No. 332 dan 28.
Pautan ke Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bengkel #WeSpeakCode anjuran MICROSOFT & UNICEF
Bengkel WeSpeakCode anjuran bersama Microsoft & UNICEF telah diadakan pada 2 April 2015 di Hotel Mandarin, KL. Bengkel ini telah disertai oleh Aqilah Syahirah (Unit Teknikal) dan Nor Farahin (Unit Braille). Tahniah dan penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada para peserta menimba pengalaman melalui bengkel ini. Di antara objektif bengkel ini adalah untuk mempertingkatkan potensi kemahiran dengan ICT dan kredibiliti mereka di tempat kerja masing-masing.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tahniah Sumairi & Rahimah.
Pada 15 Mac 2015, Ahad yang lalu KLBR telah menghadiri majlis perkahwinan pasangan Ustaz Sumairi & Rahimah di mana kedua-duanya merupakan staf KLBR. Majlis resepsi telah diadakan di Gemas, Negeri Sembilan dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan.
Gambar kenangan majlis perkahwinan Sumari & Rahimah, staf KLBR. |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
EXPO BRAILLE PUTRAJAYA & FORUM TEKNOLOGI PERCETAKAN BRAILLE | Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 | 13 Februari 2015
Pautan album Expo Braille Putrajaya
Pautan album Expo Braille Perak
Expo Braille Mendapat Sambutan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROMOSI BRAILLE DOMINOS DI #FreeMarketPJ | 19 September 2014 | Dataran PJ, Petaling Jaya | kerjasama projek #tamakpahala.
Pautan album gambar BRAILLE DOMINOS #FreeMarketPJ
BRAILLE DOMINOS RULES OF PLAY - YouTube
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KURSUS LATIHAN BRAILLE BOX | 17 NOVEMBER 2014 | KLBR.
Pautan album gambar Kursus Latihan Braille Box
Pautan album gambar Kursus Intensif INDEX Embosser
Pautan album gambar Kursus Menyenggara Embosser Braille
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MTQB2014 | Majlis Tilawah Al Quran Braille 2014 kali ke-5 | Sabtu, 21 Jun 2014 | Dewan Serbaguna, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor.
Pautan album gambar MTQB2014
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERTANDINGAN CATUR OKU TERBUKA SEMPENA KARNIVAL SUKAN PARALIMPIK (OKU) 2014 DI STADIUM MBPJ, PETALING JAYA.
Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan Pertandingan Catur Orang Kurang Upaya Individu Terbuka seperti ketetapan berikut:
Tarikh & Masa : 14 Jun 2014, Sabtu (8.00 pagi - 5.00 petang)
15 Jun 2014, Ahad (8.00 pagi - 11.00 pagi)
Tempat : Stadium MBPJ, Jalan Stadium SS7/15, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Sila muat turun Borang Penyertaan
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Jun 2014, Khamis
Sebarang pertanyaan / Hantar borang penyertaan melalui:-
Encik Mohan (Majlis Paralimpik Malaysia, MPM):
Emel: jpak_mpm@yahoo.com
Telefon: 03-62013564
Faks: 03-62013841
Telefon bimbit: 019-5541902
Puan Zaharah Rustam (Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Bahagian Sukan):
Emel: govmohn20@yahoo.com
Telefon: 03-79581494 / 03-79601218
Telefon bimbit: 012-3316910
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAJLIS PENDIDIKAN KOMUNITI
Anda dijemput beramai-ramai ke majlis ilmu seperti berikut:
NAMA PROGRAM: Majlis Pendidikan Komuniti.
TAJUK: Bagaimana mengenali dan membenteng diri dari gejala ajaran sesat?
PENYAMPAI: Ustaz Lukman Ibrahim.
TARIKH: 23 April 2014 (Rabu)
MASA: 3.00 – 4.00 petang
TEMPAT: Caring Café, no. 12 Jalan Pelangi 18, Taman Pelangi, 51000 Kuala Lumpur
(seberang jalan dari Shell Kg Batu Muda)
JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN.
PENGANJUR: KL Braille Resources
Hubungi : 03-40322111 atau 013-3905764
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Program Membaca Beramai-ramai Teks Braille
sempena kempen
Jom Baca Bersama Untuk 10 minit
(Let’s Read Together For 10 minutes )
22 April 2014, 10 pagi, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan mengadakan program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit / Let’s Read Together For 10 minutes pada hari Selasa, 22 April 2014 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Oleh itu, KL Braille Resources akan menganjurkan Program Membaca Beramai-ramai Teks Braille dan sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan menghubungi Tel: 03-4032 2111.
Tarikh tutup pendaftaran pada 17 April 2014.
Kemudahan pengangkutan disediakan dari KL Braille Resources ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 22 April 2014, jam 8.30 pagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INGIN KENALI BRAILLE?
'Mari Mengenal Braille', aktiviti pertama di Pusat Sumber Braille pada Sabtu ini 14 Disember 2013
dari 9.30 pagi - 12.30 tengahari.
Lawati kami di Tingkat 1, Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam, Selangor.
Semua pengunjung perpustakaan dan orang awam dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti pada Sabtu ini. Jumpa di sana!
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 10 DZULHIJJAH 1433H
Pada 6 November 2011 KL Braille Resources telah mengedarkan daging qurban untuk Orang Kurang Upaya bertempat di Pejabat KL Braille Resources. Semua yang hadir diucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidiladha.
KARNIVAL CATUR BRAILLE 2011
Nama Program : Karnival Catur Braille
Tarikh : 30
Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Stadium
Tertutup, Tasik Titiwangsa
Penganjur : KL
Braille Resources
Penaja : Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur
Pengurus Pengadil : En. Abdul Latiff Mohamad
Pengadil : 1. Mohd Faisal B. Zakaria
2.
Mohd Faizul B. Zakaria
3.
Nik Ahmad Farouqi B. Nik Abdul Aziz
Senarai nama pemenang:
Kategori Berpasukan:
1. Tempat Petama: Nama
Kumpulan: ZAMAC
Ahli
Kumpulan: Mahadzir Abd ghani
Choo Min
Wang
2. Tempat Kedua: Nama
Kumpulan: DIN TRIO
Ahli
Kumpulan: Haji Shaharuddin
Sidek
Shaharuddin
Mappa
3. Tempat Ketiga : Nama
Kumpulan: AMIR
Ahli
Kumpulan: Ramalek Shah Othman
Amir
Samsudin
Norazlan
Othman
4. Tempat Keeempat: Nama
Kumpulan: SINAR
Ahli
Kumpulan: Mat Idris Saman
Rosham Sidek
5. Tempat Kelima: Nama
Kumpulan: CTR
Ahli
Kumpulan: Hanafi Abd Rahman
Anuar Ismail
Mohd Zairi
Mat Saleh
Kategori Individu:
Tempat Ketiga :Ahmad Firdaus b. Mohd Rodzi
Tempat Keempat : Chuah Heng Meng
Tempat Keenam : Muhamad Noor Azam Mohd Noor
Tempat Kelapan :Khairul Azam b. Mastuki
Tempat Kesembilan :Hasidin Abdul Rashid
Tempat Kesepuluh :Rohizan Md. Ali
No comments:
Post a Comment