Thursday, April 3, 2014

JEMPUTAN MENYERTAI 
MAJLIS TILAWAH AL-QUR'AN BRAILLE 2014

KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Qur’an Braille kali-5.

Penyertaan adalah terbuka kepada individu cacat penglihatan berusia 11 tahun ke atas dan boleh membaca dengan lancar Al-Qur’an melalui kaedah tulisan Braille.

Pendaftaran peserta boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan, yang boleh dimuat-turun di Borang TAB2014. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 16 Mei 2014.

Nota: Bagi calon-calon persendirian yang memerlukan bantuan untuk pengisian borang, sila hubungi urusetia di 03-4032 2111.

Peringkat Saringan
Acara saringan, sekiranya perlu, akan dijalankan pada ketetapan berikut:


     Tarikh: 20 Jun 2014, Jumaat (Tarikh baru)
     Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
     Venue: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.
            
Peringkat Akhir
Lima orang qari dan lima orang qari’ah adalah layak ke peringkat akhir yang dijadualkan seperti berikut:
    
     Tarikh: 21 Jun 2014, Sabtu
     Masa: 8.00 pagi – 1.30 petang
     Venue: Dewan Auditorium, 
            Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13,
            40100 Shah Alam, Selangor.


Semua peserta peringkat akhir akan menerima sijil penyertaan, wang tunai dan lain-lain hadiah iringan.


Sukacita kami mengalu-alukan penyertaan anda dengan mengisi borang pendaftaran yang disediakan. Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makan-minum sepanjang hari pertandingan serta kemudahan penginapan khas kepada peserta dan pengiring dari luar Kuala Lumpur / Shah Alam. Walau bagaimana pun kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pihak peserta sendiri.


BorangPenyertaan.jpeg
Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini sila hubungi Emma Suhada di emel kl.braille.resource@gmail.com [Subject: Tilawah Al-Qur'an 2014] atau telefon 03-4032 2111.

No comments:

Post a Comment