Friday, October 31, 2014

KURSUS LATIHAN BRAILLE BOX

 BrailleBox merupakan pencetak khas berkelajuan tinggi untuk percetakan berkuantiti besar dan rekabentuk strukturnya mempunyai sistem penyerapan bunyi. Braille Box memberikan pengeluaran percetakan yang berkualiti tinggi untuk jangka masa yang panjang. (Gambar Braille Box V4 dari Index Braille)

KLBR dengan kerjasama Index Braille Sweden akan mengadakan Kursus Latihan Braille Box. Kursus ini terbuka kepada mereka yang terlibat atau berminat dengan percetakan Braille berteknologi tinggi. Kursus ini akan dikendalikan sendiri oleh Mr Bjorn Lofstedt dan Ms Anna Lau dari Index Braille secara teori dan praktikal.


Tarikh: 17 November 2014
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik latihan, KL Braille Resources.

Yuran penyertaan adalah RM200 seorang. (Kos ini adalah termasuk makan minum sepanjang masa kursus, kemudahan-kemudahan kursus yang lain dan sijil penyertaan)­­

Sila hubungi pihak kami untuk penyertaan atau mendapatkan surat jemputan bagi syarikat-syarikat & agensi kerajaan.

Video Braille Box V4
Pautan Kursus Membaiki & Menyenggara Embosser Braille
Pautan Kursus Intensif Embosser Braille

No comments:

Post a Comment