Friday, March 13, 2015

Penyertaan Peserta Tilawah Al Quran Braille 2015 Telah Dibuka Sekarang

KL Braille Resources akan menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran Braille kali ke-6 Peringkat Kebangsaan pada Jun ini. Penyertaan peserta Tilawah telah dibuka sekarang. Sila hubungi KL Braille Resources untuk pendaftaran.
PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN:


Acara saringan: 13 Jun 2015, Sabtu (9.00 pagi-5 petang)

Peringkat akhir: 14 Jun 2015, Ahad (8.00 pagi-1.30 petang)
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor


Terdapat 2 kategori yang akan dipertandingkan pada peringkat akhir:

1. Kategori Bawah 12 Tahun
2. Kategori Terbuka


Tarikh tutup pendaftaran pada 25 Mei 2015


Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makan minum sepanjang hari pertandingan serta kemudahan penginapan khas kepada peserta dan pengiring dari luar Kuala Lumpur / Shah Alam. Kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pihak peserta sendiri.


BORANG PENYERTAAN TILAWAH AL QURAN BRAILLE 
FORMAT PDF              FORMAT WORD

No comments:

Post a Comment