Posts

Showing posts from 2016

Lawatan ke SKPK Princess Elizabeth di Johor Bahru.

Image
Alhamdulilah pada 2 November 2016 pihak KL Braille dengan kerjasama Braille Voluntary Services dan Nobel International School mengadakan lawatan dan serahan sumbangan kepada SKPK Princess Elizabeth  Sekalung terima kasih kepada yang telah menjayakan program lawatan ke SKPK Princess Elizabeth terutama warga pendidik dan staf sokongan khasnya anak-anak syurga yang dirai. Tidak dilupa kepada wakil-wakil daripada Braille Voluntary Services dan Noble International School. Alhamdulillah. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa. Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga usaha murni dapat dilakukan sebaiknya bagi masa depan anak-anak pelajar kelak.

Temubual slot INSPIRASIKU di IKIM.FM

Alhamdulilah,pagi tadi 16/8/2016 selesai sesi temubual di slot INSPIRASIKU di IKIM.FM  bersama Dato' Mah Hassan Haji Omar, bagi berkongsikan pengalaman beliau sebagai sorang cacat penglihatan, Selain itu, Dato' berkongsikan saat-saat getir hidup beliau dan bagaimana beliau atasinya. Seterusnya pengalaman beliau sepanjang memperjuangkan nasib golongan cacat penglihatan di Malaysia dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap golongan tersebut.

Kelas Belajar Braille

Image
Alhamdulilah pada 19 April yang lalu telah berlangsungnya KELAS BELAJAR BRAILLE secara percuma anjuran KL Braille Resources. TAHNIAH!!! kepada peserta yang berjaya menghadirkan diri pada hari ini. Semoga ilmu yang diberi hari ini memberi manfaat kepada diri khususnya dapat menyumbang kepada Pembangunan Literasi Braille pada masa akan datang. Alhamdulillah.         

ATURCARA PROGRAM SEMINAR DAN PAMERAN LITERASI BRAILLE NUSANTARA 2016

Image
Seminar & Pameran Literasi Braille Nusantara 2016 Tarikh: 7 – 8 Mac 2016 (Isnin & Selasa) Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(IDB) No. 19, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur. (Klik untuk pautan lokasi)   ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN AKTIVITI PROGRAM INI. GERAI PAMERAN        Produk keperluan khas OKU.        Perkakasan pendidikan dan audio-visual.        Bahan literasi Braille.        Teknologi percetakan dan penjilidan buku.        Penyediaan gambar tactile.        Perkhidmatan kebajikan dan pendidikan khas. DEMONSTRASI AKTIVITI        Pertandingan catur Braille.        Pertandingan dominos Braille.   ...

TERKINI : PENYERTAAN TELAH DITUTUP - SEMINAR PAMERAN & LITERASI BRAILLE NUSANTARA 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan program Seminar & Pameran Literasi Braille Nusantara 2016 pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 – 8 Mac 2016 (Isnin & Selasa) Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(IDB), No. 19, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur. KATEGORI PESERTA-PESERTA YANG DIALU-ALUKAN:- Pegawai Perpustakaan Negara / Perpustakaan Negeri / Perpustakaan Awam / Pepustakaan Komuniti / Pepustakaan Institut Pendidikan Tinggi dan Pepustakaan Sekolah. Pegawai pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Guru Pendidikan Khas. Dewan Bahasa dan Pustaka, agensi penterjemahan dan syarikat-syarikat penerbitan / percetakan buku. Pengeluar / pe...