Wednesday, January 27, 2016

TERKINI : PENYERTAAN TELAH DITUTUP - SEMINAR PAMERAN & LITERASI BRAILLE NUSANTARA 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa KL Braille Resources dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan program Seminar & Pameran Literasi Braille Nusantara 2016 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 7 – 8 Mac 2016 (Isnin & Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat:
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(IDB),
No. 19, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur.

KATEGORI PESERTA-PESERTA YANG DIALU-ALUKAN:-
  • Pegawai Perpustakaan Negara / Perpustakaan Negeri / Perpustakaan Awam / Pepustakaan Komuniti / Pepustakaan Institut Pendidikan Tinggi dan Pepustakaan Sekolah.
  • Pegawai pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU.
  • Guru Pendidikan Khas.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka, agensi penterjemahan dan syarikat-syarikat penerbitan / percetakan buku.
  • Pengeluar / pengedar produk keperluan khas OKU.
  • Persatuan OKU penglihatan dan Badan sukarela yang memberi perkhidmatan kepada OKU.
  • Individu / organisasi yang berminat mengenai isu pembangunan literasi atau Braille di nusantara.
MAKLUMAT DAN BORANG PENYERTAAN:-
  • Yuran penyertaan seorang peserta seminar adalah RM100. (RM50 bagi seorang peserta pelajar atau OKU)
  • Insentif: Beg dan dokumen seminar, makan/minum sepanjang dua hari seminar, cabutan bertuah hadiah menarik.
  • Kos pengangkutan dan penginapan adalah tanggungjawab peserta.
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 22 FEBRUARI 2016

Maklumat brochure beserta borang penyertaan boleh didapati di sini: 
  • Format PDF
  • Format Word
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment