Monday, October 2, 2017

KERJASAMA BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Sukacita memaklumkan bahawa KL Braille Resources telah menjayakan program kerjasama bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Antara program yang telah dijalankan oleh KL Braille Resources bersama PNM ialah:

1) Bacalah Kamu Sinar Hidupku

2) Singgah Santai @ PNM

Program Bacalah Kamu Sinar Hidupku yang adakan adalah untuk meraikan warga-warga OKU Pengelihatan pada 14/9/2017 bertempat di Auditorium PNM.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Sesi Brailleton (Makmal Komputer) (Pelajar Sekolah/IPTA/IPTS/Kakitangan Perpustakaan Gunasama dan PNM), Sesi Ceramah Motivasi dan Bacaan Kegemaran Saya oleh Encik Muhammad
Huzaifah bin Ahmad, Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Sesi Literasi Media & Maklumat dan Pengenalan Pangkalan Data PNM Mesra OKU Penglihatan, pertandingan menulis menggunakan Braillet dan terdapata dua kategori iaitu awam dan OKU penglihatan dan pameran produk-produk KL Braille Resources.

Kerjamasama KL Braille Resources bersama PNM diteruskan dengan program Singgah Sana @ PNM. Program ini dijalankan pada 30/9/2017 dan disertai oleh pelbagai Badan Kerjaaan lain dan juga NGO-NGO bagai memeriahkan program tersebut.



_______________________________________________________________________

PROGRAM BACALAH KAMU SINAR HIDUPKU










_____________________________________________________________________


PROGRAM SINGGAH SANTAI DI PNM















No comments:

Post a Comment