Posts

Showing posts from November, 2017

PROGRAM SINGGAH SANTAI @ PNM #semarakbahasa

Image
Alhamdulilah pada  28/10/2017 Program Singgah Santai @PNM  # semarakbahasa # bulanbahasa . Program bermula pada 9pagi-4petang.Pelbagai aktiviti dianjurkan dan di  booth  KL Braille Resources  mempamerkan  produk-produk braille.selain itu KL Braille Resources turut menganjurkan pertandingan deklamasi puisi menggunakan Text Braille.

PROGRAM GSIB-RHB TOUCH HEARTS DI SKPK JALAN BATU

Image
Alhamdulilah pada 27 Oktober 2017 pihak KL Braille dengan kerjasama piha k   Group Strategy & International Business  RHB BANK BERHAD   mengadakan lawatan dan serahan sumbangan kepada SKPK JALAN BATU. Sekalung terima kasih kepada yang telah menjayakan program lawatan ke SKPK Jalan Batu terutama warga pendidik dan staf sokongan khasnya anak-anak syurga yang dirai. Tidak dilupa kepada wakil-wakil daripada  Group Strategy & International Business  RHB BANK BERHAD   . Alhamdulillah. Semoga kita berjumpa lagi dilain masa. Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga usaha murni dapat dilakukan sebaiknya bag i masa depan anak-anak pelajar kelak.

PROGRAM BRAILLETHON 2017

Image
Tahukah anda bagaimana buku Braille dihasilkan dan proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan buku braille? Antara proses yang perlu dilakukan ialah menaip bahan bacaan ke dalam Microsoft words dan ditukarkan kepada Duxbury. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada proses penghasilan buku braille dengan menyertai program menaip bahan bacaan yang diberi nama BRAILLETHON. Baru-baru ini, telah berlangsung Program Braillethon anjuran bersama oleh KL Braille Resources dan Kolej Komuniti Selayang yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang. Ia merupakan kerjasama yang pertama yang dilakukan oleh KL Braille Resources bersama Kolej Komuniti Selayang. Program ini berlangsung pada 21/10/2017 bersama hari Sabtu bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang. Program telah menarik ramai peserta untuk menyertai program tersebut. Dianggarkan seramai 500 orang peserta bagi menjayakan program ini. Selain program Braillethon, pihak KL Braille Resources juga membuat pameran produk-produk ...