Wednesday, November 1, 2017

PROGRAM BRAILLETHON 2017

Tahukah anda bagaimana buku Braille dihasilkan dan proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan
buku braille? Antara proses yang perlu dilakukan ialah menaip bahan bacaan ke dalam Microsoft words
dan ditukarkan kepada Duxbury. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada proses penghasilan
buku braille dengan menyertai program menaip bahan bacaan yang diberi nama BRAILLETHON.
Baru-baru ini, telah berlangsung Program Braillethon anjuran bersama oleh KL Braille Resources dan
Kolej Komuniti Selayang yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang. Ia merupakan kerjasama yang
pertama yang dilakukan oleh KL Braille Resources bersama Kolej Komuniti Selayang.
Program ini berlangsung pada 21/10/2017 bersama hari Sabtu bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 1
petang. Program telah menarik ramai peserta untuk menyertai program tersebut. Dianggarkan seramai
500 orang peserta bagi menjayakan program ini.
Selain program Braillethon, pihak KL Braille Resources juga membuat pameran produk-produk braille
bagi mendedahkan kepada orang awam yang hadir dengan menunjukkan barangan kegunaan harian
orang cacat penglihatan dan juga bahan-bahan terbitan buku buku braille.
Lebih menarik, terdapat beberapa pusat pengajian tinggi turut berminat untuk mengadakan program
Braillethon ini di tempat mereka.
Akhir kata program Braillethon yang berlangsung di Kolej Komuniti Selayang adalah Berjaya.

No automatic alt text available.
Image may contain: 9 people, people sitting, table and indoorImage may contain: 3 people, people sittingImage may contain: one or more people, people sitting and indoorImage may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

No comments:

Post a Comment