Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Braille Sedunia
Dihebahkan bahawa KL Braille Resources akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Hari Braille Sedunia 2016. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua iaitu tidak dihadkan kepada OKU penglihatan sahaja. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori terbuka. Semua orang adalah dijemput berkarya atas salah satu tajuk yang disenaraikan dan mengemukakannya kepada urusetia penganjur menurut syarat yang ditetapkan. Tajuk esei bagi kategori bawah 15 tahun: 1. Mesin Braille Kesayanganku. 2. Pengalaman Saya Mempelajari Tulisan Braille. 3. Pentingnya Tulisan Braille Dalam Kehidupan Seharian Saya. Panjang esei untuk kategori bawah 15 tahun hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Tajuk esei bagi kategori terbuka: 1. Literasi Braille Membantu OKU Penglihatan Mengakses Ilmu Dan Maklumat. 2. Kemajuan Teknologi Braille Menjanjikan Masa Hadapan OKU Penglihatan Yang Lebih Baik. 3. Cabaran Dalam Usa...