Monday, September 21, 2015

Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Braille Sedunia

Dihebahkan bahawa KL Braille Resources akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Hari Braille Sedunia 2016.

Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua iaitu tidak dihadkan kepada OKU penglihatan sahaja. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori terbuka. Semua orang adalah dijemput berkarya atas salah satu tajuk yang disenaraikan dan mengemukakannya kepada urusetia penganjur menurut syarat yang ditetapkan.

Tajuk esei bagi kategori bawah 15 tahun:
1. Mesin Braille Kesayanganku.
2. Pengalaman Saya Mempelajari Tulisan Braille.
3. Pentingnya Tulisan Braille Dalam Kehidupan Seharian Saya.

Panjang esei untuk kategori bawah 15 tahun hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

Tajuk esei bagi kategori terbuka:
1. Literasi Braille Membantu OKU Penglihatan Mengakses Ilmu Dan Maklumat.
2. Kemajuan Teknologi Braille Menjanjikan Masa Hadapan OKU Penglihatan Yang Lebih Baik.
3. Cabaran Dalam Usaha Penyediaan Bahan Bacaan Braille.

Panjang esei bagi kategori terbuka hendaklah tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM1,500 disediakan kepada 3 orang pemenang bagi setiap kategori. Esei terpilih akan dimuatkan dalam Majalah Bestari KL Braille serta buku program sambutan Hari Braille Sedunia 2016.

Syarat-syarat tambahan:
  1. Penyertaan adalah secara percuma.
  2. Seorang peserta boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  3. Peserta kategori bawah 15 tahun hendaklah berumur kurang dari 15 tahun pada tarikh 30 November 2015 dan penyertaannya disokong dengan cop sekolah.
  4. Esei ditulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Esei perlu dihantar dalam format Word menerusi emel KL Braille iaitu kl.braille.resource@gmail.com
  6. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan biodata ringkas penulis.
  7. Esei hendaklah sampai kepada urusetia sebelum atau pada 30 November 2015.
  8. Semua esei yang berjaya memenangi hadiah adalah menjadi hak milik penganjur.
  9. Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat.
  10. Keputusan panel juri adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan bolehlah diemelkan kepada kl.braille.resource@gmail.com ataupun berhubung terus dengan Urusetia Pertandingan, Siti Atikah Binti Ayob di talian 03-40322111.

Alamat: KL Braille Resources, No. 12-1, Jalan Pelangi 18, Taman Pelangi Jaya, 51000 Sentul, Kuala Lumpur.
Tel. no.: 03-40322111
Faks no.: 03-40323111
FB.: kl.braille.resources

No comments:

Post a Comment