Wednesday, September 9, 2015

MENJEMPUT PENAJAAN PENERBITAN BUKU BRAILLE BERGAMBAR TACTILE UNTUK KANAK-KANAK OKU PENGLIHATAN

KL Braille mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buku Braille Bergambar Tactile Untuk Kanak-kanak OKU Penglihatan di dalam Bahasa Malaysia. Buku ini mengandungi sebanyak 100 muka surat bergambarajah tactile binatang dan serangga lengkap dengan penerangan sesuai untuk kanak-kanak.

Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran dan rujukan oleh para ibu bapa dan juga guru-guru tentang perkara asas mengenai binatang dan serangga.

Kos penerbitan untuk buku ini adalah RM100.00 per naskhah.

Kami menjemput orang ramai untuk menaja kos penerbitan buku ini bagi kegunaan kanak-kanak dan pelajar OKU cacat penglihatan.

Bagi mereka yang berminat untuk menaja buku tactile, sila salurkan sumbangan anda kepada:

PERSATUAN BRAILLE MALAYSIA
CIMB 14770000173058
EMELKAN BANK-IN SLIP KEPADA 
kl.braille.resource@gmail.com
Nota bayaran: BUKUTACTILE

Nama setiap penaja akan diabadikan di dalam setiap naskhah yang ditaja.



Di bawah adalah sebahagian contoh-contoh gambar tactile binatang dan serangga yang terdapat di dalam buku ini:

NYAMUK

KUDA

OBOR-OBOR

LANDAK

ULAR TEDUNG

No comments:

Post a Comment