Sukacita memaklumkan bahawa KL Braille Resources telah menjayakan program kerjasama bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Antara program yang telah dijalankan oleh KL Braille Resources bersama PNM ialah: 1) Bacalah Kamu Sinar Hidupku 2) Singgah Santai @ PNM Program Bacalah Kamu Sinar Hidupku yang adakan adalah untuk meraikan warga-warga OKU Pengelihatan pada 14/9/2017 bertempat di Auditorium PNM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Sesi Brailleton (Makmal Komputer) (Pelajar Sekolah/IPTA/IPTS/Kakitangan Perpustakaan Gunasama dan PNM), Sesi Ceramah Motivasi dan Bacaan Kegemaran Saya oleh Encik Muhammad Huzaifah bin Ahmad, Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Sesi Literasi Media & Maklumat dan Pengenalan Pangkalan Data PNM Mesra OKU Penglihatan, pertandingan menulis menggunakan Braillet dan terdapata dua kategori iaitu awam dan OKU penglihatan dan pameran produk-produk KL Braille Resources. Kerjamasama KL Braille Resource...