Posts

Showing posts from 2015
Image
Sukacita dimaklumkan KL Braille Resources dengan kerjasama Perbadanan Putrajayaā€‹ akan menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Sumber Braille pada ketetapan berikut: Tarikh: 7 November 2015, Sabtu Masa:  1.Majlis Perasmian - 10.00 - 11.00 pagi 2. Pameran dan Aktiviti - 9.00 pagi hingga 4.00 petang Tempat: Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 9, Kompleks Kejiranan Presint 9, Jalan P9C, Putrajaya. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan seperti berikut: 1. Pameran dan gerai : Literasi Braille & Al Quran Braille, Barangan Keperluan Khas OKU Penglihatan dan jualan amal MF Chocolate. 2. Pertandingan:  i-Pertandingan Bercerita Untuk Kanak-kanak OKU Penglihatan ii-Pertandingan Membaca Braille Terbuka iii-Pertandingan Menulis dengan Brailet iv-Pertandingan Dominos v-Pertandingan Catur OKU Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini. Bagi pendaftaran penyertaan untuk aktiviti pertandingan di atas, sila pm fb kami nama, no. telefon dan pertandingan yang ingin d...

Pertandingan Menulis Esei Sempena Sambutan Hari Braille Sedunia

Dihebahkan bahawa KL Braille Resources akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Hari Braille Sedunia 2016. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua iaitu tidak dihadkan kepada OKU penglihatan sahaja. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 15 tahun dan kategori terbuka. Semua orang adalah dijemput berkarya atas salah satu tajuk yang disenaraikan dan mengemukakannya kepada urusetia penganjur menurut syarat yang ditetapkan. Tajuk esei bagi kategori bawah 15 tahun: 1. Mesin Braille Kesayanganku. 2. Pengalaman Saya Mempelajari Tulisan Braille. 3. Pentingnya Tulisan Braille Dalam Kehidupan Seharian Saya. Panjang esei untuk kategori bawah 15 tahun hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. Tajuk esei bagi kategori terbuka: 1. Literasi Braille Membantu OKU Penglihatan Mengakses Ilmu Dan Maklumat. 2. Kemajuan Teknologi Braille Menjanjikan Masa Hadapan OKU Penglihatan Yang Lebih Baik. 3. Cabaran Dalam Usa...

PENGUMUMAN - SAMBUTAN HARI BRAILLE SEDUNIA

PENGUMUMAN - SAMBUTAN HARI BRAILLE SEDUNIA Sempena sambutan Hari Braille Sedunia,  KL BRAILLE RESOURCES  akan menganjurkan suatu seminar khas berkaitan pembangunan literasi braille di Nusantara. Pengumuman rasmi akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Beberapa projek iringan yang membantu kepada seminar tersebut termasuklah Pertandingan Menulis Esei untuk penyertaan murid-murid sekolah dan terbuka kepada orang awam atas tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Sila tunggu pengumuman seterusnya di FB KL Braille.

MENJEMPUT PENAJAAN PENERBITAN BUKU BRAILLE BERGAMBAR TACTILE UNTUK KANAK-KANAK OKU PENGLIHATAN

Image
KL Braille mengambil inisiatif untuk menerbitkan Buku Braille Bergambar Tactile Untuk Kanak-kanak OKU Penglihatan di dalam Bahasa Malaysia . Buku ini mengandungi sebanyak 100 muka surat bergambarajah tactile binatang dan serangga lengkap dengan penerangan sesuai untuk kanak-kanak. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran dan rujukan oleh para ibu bapa dan juga guru-guru tentang perkara asas mengenai binatang dan serangga. Kos penerbitan untuk buku ini adalah RM100.00 per naskhah. Kami menjemput orang ramai untuk menaja kos penerbitan buku ini bagi kegunaan kanak-kanak dan pelajar OKU cacat penglihatan. Bagi mereka yang berminat untuk menaja buku tactile, sila salurkan sumbangan anda kepada: PERSATUAN BRAILLE MALAYSIA CIMB 14770000173058 EMELKAN BANK-IN SLIP KEPADA  kl.braille.resource@gmail.com Nota bayaran: BUKUTACTILE Nama setiap penaja akan diabadikan di dalam setiap naskhah yang ditaja. Di bawah adalah sebahagian contoh-conto...

PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN BRAILLE PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Image
Majlis Tilawah Al Quran Braille 2015 peringkat akhir akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh: 14 Jun 2015, Ahad Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang Tempat: Ruang Santai, Aras G, Perpustakaan Raja Tun Uda  Jalan Kelab Golf 13/6, 40100 Shah Alam Selangor. Semua dijemput hadir bagi menyaksikan 14 qari & qariah dari seluruh negara bertanding dan memperdengarkan bacaan menggunakan Al Quran Braille.

EXPO BRAILLE DI PERPUSTAKAAN KOMUNITI AMPANG WATERFRONT

Image
Expo Braille  Tarikh: 9 Mei 2015, Sabtu Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat: Perpustakaan Komuniti Ampang Waterfront              Jalan AWF5, Ampang Waterfront              68000 Hulu Langat, Selangor                       Pengangkutan awam ke PPAW: -LRT Aliran Ampang ā€“ Stesen LRT Ampang -Bas RAPIDKL No. 332 dan No. 28 Semua dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Penyertaan Peserta Tilawah Al Quran Braille 2015 Telah Dibuka Sekarang

KL Braille Resources akan menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran Braille kali ke-6 Peringkat Kebangsaan pada Jun ini. Penyertaan peserta Tilawah telah dibuka sekarang. Sila hubungi KL Braille Resources untuk pendaftaran. PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN: Acara saringan: 13 Jun 2015, Sabtu (9.00 pagi-5 petang) Peringkat akhir: 14 Jun 2015, Ahad (8.00 pagi-1.30 petang) Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor Terdapat 2 kategori yang akan dipertandingkan pada peringkat akhir: 1. Kategori Bawah 12 Tahun 2. Kategori Terbuka Tarikh tutup pendaftaran pada 25 Mei 2015 Pihak penganjur akan menyediakan kemudahan makan minum sepanjang hari pertandingan serta kemudahan penginapan khas kepada peserta dan pengiring dari luar Kuala Lumpur / Shah Alam. Kos perjalanan hendaklah ditanggung oleh pihak peserta sendiri. BORANG PENYERTAAN TILAWAH AL QURAN BRAILLE  FORMAT PDF               FORMAT WORD

EXPO BRAILLE MENDAPAT SAMBUTAN

Image
PUTRAJAYA: Expo Braille Pamer Produk Untuk Bantu OKU - My Putrajaya News Pautan: http://myputrajayanews.com/expo-braille-pamer-produk-untuk-oku/ Sumber: Myputrajayanews.com PERAK: Expo Braille 2014 Tonjol Kelainan di Perak Sumber: Buletin Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) Julai-Disember 2014

EXPO BRAILLE DI PUTRAJAYA

Image
EXPO BRAILLE  DI PRESINT 16, PUTRAJAYA  ANJURAN BERSAMA  PERBADANAN PUTRAJAYA &  PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN PUTRAJAYA Tarikh: 13 Februari 2015 (Jumaat) Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang Tempat: Ruang Legar, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya Aturcara:- 8.30 pagi: Pendaftaran Penyertaan 10.00 pagi - 11.00 pagi: Forum Teknologi Percetakan Braille 9.00 pagi - 5.00 petang: Pameran/Jualan Peralatan Khas OKU Penglihatan dan Cokelat 9.00 pagi: Pameran/Demo Interaktif Braille 9.00 pagi: Pameran/Demo Bacaan Al Quran Braille 9.30 pagi: Pertandingan Catur Braille 9.30 pagi: Pertandingan Dominos Braille 12.00 tengahari: Penyampaian Hadiah Semua dijemput hadir.
PENGUMUMAN SENARAI HARGA TERBARU PRODUK KL BRAILLE RESOURCES KINI BOLEH DIRUJUK UNTUK PEMBELIAN. KEMASIKINI PADA 29-01-15. SILA RUJUK HALAMAN DI SEBELAH.
Image
MF Chocolate kini di pasaran Terkini di pasaran adalah MF Chocolate yang didatangkan dengan minyak pati habbatus sauda, terdapat 3 jenis cokelat iaitu; MF Dark Chocolate with Habbatus sauda seed & Crushed Almond MF Dark Chocolate with Cereal  MF Chocolate with Habbatus sauda seed Dapatkan cokelat bar buatan tempatan sekarang di kedai kami di KL Braille Chocolate Station di UTC Pudu Sentral dan Caring Cafe Taman Pelangi . Kami juga sedang mencari dealer untuk pasaran MF seluruh negara. Bagi sesiapa yang berminat sila hubungi kami di KL Braille Resources 03-4032 2111 (Puan Fatimah) atau emel kl.braille.resource@gmail.com (Tajuk: Dealer MF Chocolate) MF Chocolate Habbatus sauda seed